Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan anak lelakinya Ahmad Zukhairi Mohd Arif, 35, mengaku tidak bersalah bersubahat dan menerima rasuah berjumlah RM550,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Mohd Arif mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan anaknya untuk menerima rasuah RM550,000 daripada sebuah syarikat solar elektrik berhubung Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar.

Projek itu adalah supaya syarikat itu boleh membekalkan peranti elektrik solar hibrid di empat buah pulau terpencil di Sandakan, Sabah secara rundingan terus dengan kos RM57.5 juta.

Arif dituduh bersubahat dengan anaknya menerima cek berkenaan di Lake Club, Kuala Lumpur pada Ogos tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya S Thangavelu memohon ikat jamin dengan RM1 juta sedangkan peguamnya, Salehuddin Saidin meminta tertuduh dibebaskan dengan RM100,000.

Hakim Azura Alwi kemudian menetapkan jaminan RM200,000 dengan seorang penjamin. Beliau juga mengarahkan mereka menyerahkan pasportnya.

Selain Sallehuddin, peguam lain yang mewakili anak beranak itu adalah Shamsul Sulaiman dan Afifuddin Hafifi.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 di baca bersama Seksyen 28 (1)(c) akta yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana-mana yang lebih tinggi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS