Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Bagaimana akhbar anggar jumlah peserta perhimpunan?

KINIGUIDE Jumlah peserta di perhimpunan politik telah menjadi kayu pengukur yang penting kejayaan pihak penganjur dan untuk menilai sokongan orang ramai dan kerana itulah mengapa sentiasa terdapat perdebatan mengenai anggaran jumlah hadirin.

Oleh itu, pihak polis biasanya akan memberikan satu angka, manakala pihak penganjur pula akan memberi angka yang lain.

Untuk membuat keadaan menjadinya lebih mengelirukan, pihak akhbar pula cenderung untuk memetik angka yang berlainan mengenai jumlah peserta sesuatu perhimpunan.

Satu contoh yang baik mengenai perbezaan dalam anggaran hadirin ialah ketika perhimpunan BERSIH 4, yang diadakan pada bulan Ogos 2015.

Pihak penganjur mendakwa semasa kemuncaknya, terdapat 500,000 orang yang peserta di perhimpunan BERSIH 4, manakala pihak polis memberikan anggaran yang lebih konservatif seramai 50,000.

Manakala beberapa media pula memetik anggaran yang berbeza - daripada 22,000 hingga 100,000.

Dengan percanggahan yang begitu ketara, maka tidak hairanlah orang ramai mempersoalkan mengenai cara terbaik untuk menentukan Jumlah peserta sesuatu perhimpunan.

Persoalan itu timbul lagi apabila perhimpunan utama yang pertama bagi tahun ini berlangsung Sabtu lepas, untuk menyokong pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Jadi apakah cara yang terbaik untuk menentukan Jumlah peserta sesuatu perhimpunan?

Kaedah Jacobs, yang diperkenalkan oleh Profesor pengajian kewartawanan, Herbet Jacobs dari University of California Berkeley pada 1960-an, adalah teknik yang paling banyak digunakan untuk menganggarkan jumlah hadirin.

Profesor pengajian kewartawanan Steve Doig dari Arizona State University berkata dalam satu artikel MSNBC bahawa Jacobs mencipta kaedah itu apabila beliau cuba untuk menganggarkan jumlah peserta protes Perang Vietnam di luar tingkap pejabatnya.

Beliau sedar kawasan di di luar telah digridkan, maka dia boleh mengira bilangan orang dalam satu persegi grid dan kemudian mendarabkannya dengan bilangan persegi.

Walaupun kaedah ini terbaik dalam ruang yang secara semula jadinya dalam corak seperti grid, ia juga dapat digunakan di tempat lain selagi terdapat anggaran mengenai saiz kawasan dan kepadatan orang ramai.

Bagaimana kaedah ini berfungsi?

Pendekatan ini menganggarkan saiz orang ramai dengan mengukur berapa ramai yang mengisi sesuatu ruang dan bagaimana kepadatan mereka di dalam ruang itu.

Cara terbaik untuk menggunakan kaedah ini adalah dengan menggunakan foto udara dengan pandangan lurus ke bawah, untuk mengukur dengan lebih baik saiz kawasan yang diisi hadirin serta kepadatan orang ramai.

"Selepas mengumpul data mengenai pelbagai demonstrasi, Jacobs membuat beberapa peraturan yang masih digunakan pada hari ini oleh mereka yang serius tentang anggaran hadirin," kata Doig.

Di khalayak ramai yang longgar, satu orang mengisi kira-kira satu meter persegi, kira-kira sepanjang lengan tangan dari badan orang sebelah.

Di khalayak ramai yang lebih padat, kira-kira 2.5 orang boleh muat dalam satu meter persegi.

Pada kepadatan puncak, sehingga empat orang boleh muat dalam satu meter persegi.

Untuk mendapatkan anggaran saiz hadirin yang lebih tepat, anda perlu mengukur kaki persegi dalam jumlah kawasan hadirin dan dibahagikan dengan kepadatan orang ramai.

Setakat mana kaedah boleh diterima?

Walaupun kaedah Jacobs adalah agak mudah, namun anggaran saiz itu masih boleh berbeza, bergantung kepada pilihan pengiraan yang dibuat semasa menggunakan teknik ini, kata ahli astrofizik Amerika Sabrina Stierwalt dalam satu kolum untuk Scientifc American.

Antara contoh yang diberinya, Stierwalt berkata kepadatan orang ramai boleh berbeza, bergantung kepada mereka yang membuat pengiraan.

Sempadan kawasan yang diisi orang ramai juga boleh menjadi sukar untuk dipastikan, katanya, terutama untuk jumlah hadirin yang sangat besar di mana ia boleh menjadi sukar untuk memisahkan peserta perhimpunan dan bukan peserta.

Bukan itu sahaja, dalam sempadan set kawasan yang diisi orang ramai, ketumpatan mereka juga boleh berbeza dari tinggi ke rendah.

Perubahan kawasan juga boleh jadi mengelirukan dari segi menentukan kepadatan orang ramai dari foto udara.

Walaupun terdapat isu-isu berkaitan kaedah ini, Stierwalt berkata, ia boleh diselesaikan dengan menggunakan teknologi seperti Google Earth, yang memetakan perubahan dalam rupa bumi, atau dengan menggunakan kawasan dan anggaran orang ramai dengan gabungan fotografi multi-arah dari udara.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS