Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Polis hari ini menafikan pihaknya memukul keluarga seorang warga Korea Utara yang ditahan berkaitan dengan pembunuhan Kim Jong-nam minggu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, keluarga suspek tidak membuat sebarang aduan berhubung dakwaan itu.

"Ia tidak berlaku. Kami tidak menerima sebarang laporan daripada keluarga.

"Tuduhan hanya dibuat oleh duta. Bukan daripada ahli-ahli keluarga," kata Khalid pada sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur,hari ini.

"Mereka (keluarga) bekerjasama dengan baik," katanya.

Duta Korea Utara Kang Chol pada Isnin lalu mendakwa polis negara ini mengancam anggota keluarga seorang rakyatnya dan memukul anaknya ketika menyerbu sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Malah, beliau turut mendakwa polis mengacukan pistol pada anggota keluarga dan mengancam nyawa mereka serta memukul anak remajanya di muka.

Khalid pada sidang akhbar yang penuh sesak itu turut menafikan anak lelaki Jong-nam, Kim Han-sol, sudah ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) menyerahkan sampel DNA serta membuat pengecaman mayat bapanya seperti dilaporkan beberapa media hari ini.

"Jangan percaya khabar angin. Dia (Han-sol) belum datang," katanya.

Beliau berkata, kehadiran pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) HKL semalam adalah sebagai langkah keselamatan selepas menerima laporan terdapat ancaman cubaan menceroboh ke kawasan itu.

Katanya, sehingga kini belum ada waris atau ahli keluarga Jong-nam tampil menyerahkan spesimen bagi tujuan pengesahan dan pengecaman mayat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS