Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar: Jangan tangguh lagi, tubuh RCI siasat kerugian forex

Kerugian Bank Negara dalam urusan pertukaran matawang asing sekitar tahun 1990-an perlu tertakluk kepada siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) dan bukan oleh pasukan petugas khas yang dilantik oleh kabinet, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang adalah menteri kewangan dari 1996 hingga 1998, berkata beliau bersedia untuk membantu suruhanjaya itu jika ia ditubuhkan tetapi bukan dengan pasukan petugas khas.

Katanya, selain pegawai kanan Bank Negara ketika itu, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop yang terbabit dalam urusan itu, terdapat individu lain, seperti bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, yang boleh membantu siasatan.

"Malah, saya telah memintanya (Nor) meletakkan jawatan tetapi ini tidak dibenarkan.

"Tetapi apa yang penting sekarang ialah Nor telah dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua pada masa Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi).

“Dan sekarang (beliau) masih bersama dengan Khazanah (Nasional)," katanya kepada pemberita semasa perbicaraan kes mahkamah di Kuala Lumpur hari ini.

Kabinet minggu lalu memutuskan untuk membentuk satu pasukan petugas khas untuk menyiasat apa yang didakwa sebagai "kerugian sebenar" Bank Negara pada masa itu dan mereka yang bertanggungjawab.

Pengkritik bagaimanapun mendakwa bahawa pasukan petugas itu bertujuan untuk mencemarkan imej Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi perdana menteri ketika itu tetapi kini bersama pembangkang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS