Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pemuda Umno dan BN serta beberapa NGO belia seluruh negara akan menyerahkan nota bantahan kepada kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur, esok.

Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa beliau akan mengetuai perwakilan Pemuda Umno pada majlis yang dijadualkan pada jam 4 petang esok.

Beliau bagaimanapun enggan memberi maklumat lanjut berhubung acara itu, dan berkata,semua soalan yang berkaitan akan dijawab esok.

Hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Utara semakin tegang sejak kebelakangan ini, berikutan pertikaman lidar antara kedua-dua negara berhubung pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada Presiden Korea Utara Kim Jong-un.

Duta Korea Utara Kang Chol menuduh kerajaan Malaysia cuba menyembunyikan sesuatu mengenai pembunuhan itu.

Wisma Putra bagaimanapun menolak dakwaan itu sebagai "tidak berasas".

Selepas dipanggil menghadap oleh Wisma Putra berhubung kenyataannya itu, Kang mendakwa Pyongyang mempunyai keraguan terhadap siasatan Malaysia berhubung pembunuhan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS