Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Penduduk salahkan Ku Nan ‘undang’ Mat Rempit
Diterbitkan:  Feb 22, 2017 6:09 PM
Dikemaskini: 11:15 AM

Apabila Kementerian Wilayah Persekutuan tahun lalu mencadangkan penutupan jalan-jalan tertentu di Kuala Lumpur untuk membenarkan Mat Rempit berlumba pada waktu malam, penduduk di Taman Mastiara langsung tidak menjangka ia akan menjadi permulaan mimpi ngeri mereka.

Namun, tepat setahun selepas menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membuat cadangan berkenaan, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz menyarankan jalan sepanjang dua kilometer di antara Taman Metropolitan Batu dan Kampung Batu Muda dikhaskan untuk tujuan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kemudiannya berjumpa dengan Tengku Adnan berhubung cadangan itu dan tidak apa perkembangan baru yang diberitakan sejak itu.

Bagaimanapun, ini tidak menghalang Mat Rempit mula berkumpul di lokasi yang dicadangkan di Kepong - Jalan 1/18D - atas kehendak mereka sendiri, tetapi menimbulkan keberangan penduduk tempatan.

Bagi penduduk di Taman Metropolitan Batu, sebuah kawasan perumahan yang lebih eksklusif, Jalan 1/18D adalah hanya jalan sampingan tetapi berlainan pula bagi penduduk bersebelahan di Taman Mastiara, di mana mereka bergantung sepenuhnya sebagai jalan utama.

Naib Ketua PKR Batu Johny Puah dan Penolong Setiausaha Penganjur Kuala Lumpur DAP Yew Jia Haur hari ini mengketengahlan masalah penduduk tempatan itu dan mahu Tengku Adnan bertanggungjawab kerana menggangu tidur lena mereka.

"Beberapa hari selepas Tengku Adnan cadang supaya mencari tempat di KL untuk Mat Rempit, Datuk Bandar kita umum (trek itu) di (Taman) Mastiara.

"Sejak itu, setiap malam, Mat Rempit berlumba di sini.

"Penduduk di sini tidak lagi boleh tahan,” kata Yew kepada wartawan.

Puah (kanan) berkata beberapa aduan telah dibuat tetapi gagal menyelesaikan masalah berkenaan.

"Kami telah buat laporan, dan seorang pegawai dari balai polis Jinjang berkata pihak polis tidak boleh berbuat apa-apa," katanya.

Puah berkata, bunyi bising daripada motosikal yang diubahsuai mengganggu penduduk tempatan.

"Pelumba juga kelihatan sangat muda, kira-kira lima belas hingga awal dua puluhan," katanya.

Malaysiakini juga menemui beberapa penduduk tempatan, yang menyuarakan kekecewaan mereka.

"Rumah saya menghadap secara langsung di hadapan 'trek' itu.

"Kamu datang sini untuk satu malam, lihat dan kamu akan tahu mimpi ngeri yang saya lalui," kata seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Soo.

[Baca berita penuh]

 

 

 

Lihat Komen
ADS