Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Korea Utara salahkan M'sia berhubung kematian Jong-nam

Korea Utara pada hari Khamis menyalahkan Malaysia atas kematian seorang rakyatnya minggu lepas dan menuduh kerajaan negara ini "bersikap tidak mesra" berhubung senario yang dibuat oleh Korea Selatan, yang telah berkata ejen Pyongyang membunuh abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Agensi berita milik republik itu, KCNA berkata Malaysia pada mulanya memberitahu Korea Utara bahawa individu yang membawa pasport diplomatik telah meninggal dunia akibat serangan jantung di lapangan terbang Kuala Lumpur pada 13 Februari.

KCNA berkata Malaysia cepat mengubah pendiriannya dan mula merumitkan perkara itu selepas laporan muncul di Korea Selatan bahawa lelaki itu mati diracun, dengan memetik jurucakap sebuah jawatankuasa negara itu.

"Apa yang merit perhatian yang lebih serius ialah hakikat bahawa perbuatan tidak adil pihak Malaysia bertepatan dengan masa raket konspirasi anti-DPRK yang dilancarkan oleh pihak berkuasa Korea Selatan," kata KCNA.

DPRK adalah singkatan bagi nama rasmi Republik Demokratik Rakyat Korea.

"Tanggungjawab terbesar bagi kematiannya terletak kepada kerajaan Malaysia kerana warganegara DPRK itu mati di negara berkenaan," kata laporan itu.

Polis Malaysia pada hari Rabu menamakan seorang diplomat Korea Utara dan seorang pegawai syarikat penerbangan republik itu yang dikehendaki untuk disoal siasat berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam, 46, yang merupakan abang tiri Kim Jong-un.

Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata kedua-dua mereka berada di Malaysia tetapi tidak dapat mengesahkan sama ada mereka berada di kedutaan Korea Utara.

Setakat ini, polis telah mengenal pasti seramai lapan rakyat Korea Utara yang disyaki ada kaitan dengan pembunuhan itu.

Malaysia telah menolak permintaan Korea Utara supaya mayat lelak itu diserahkan terus kepada kedutaannya, dengan berkata ia akan diserahkan kepada keluarganya, walaupun tiada seorang pun telah tampil

KCNA menuduh Malaysia melanggar undang-undang antarabangsa dengan menjalankan bedah siasat ke atas seorang yang memegang pasport diplomatik.

(Laporan oleh Jack Kim dan Christine Kim; Disunting oleh Chris Reese dan Grant McCool)

[Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen
ADS