Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Tiada tidak jelas tentang autopsi kedua Balamurugan’
Diterbitkan:  Feb 23, 2017 12:37 PM
Dikemaskini: 4:42 AM

Peguam bagi keluarga S Balamurugan, yang mati ketika berada dalam lokap polis menyangkal dakwaan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata laporan autopsi atau bedah siasat kedua adalah "tidak jelas" dan memerlukan siasatan lanjut.

"Kami merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara [...] di mana beliau mendakwa bahawa keputusan bedah siasat kedua dalam kes S Balamurugan adalah 'tidak jelas' dan ‘ringkas’ dan 'tidak menjelaskan kedudukan trauma tumpul'.

"Pertama, tiada apa yang 'tidak jelas' dengan keputusan bedah siasat kedua, seperti yang didakwa oleh Ketua Polis Negara.

"Ia jelas menyatakan punca kematian sebagai 'penyakit arteri koronari akibat pukulan trauma.

"Ini bermakna kegagalan jantung itu tercetus oleh pukulan. Jika tidak pukulan trauma itu tidak akan dicatatkan sebagai penyebab kematian oleh pakar patologi," kata peguam N Surendran dan Latheefa Koya dalam satu kenyataan hari ini.

Atas permohonan keluarga Balamurugan, mahkamah mengarahkan bedah siasat kedua ke atas mangsa, yang kemudiannya dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan keputusannya dibentangkan Sabtu lalu.

Peguam mengingatkan Ketua Polis Negara bahawa pegawai penyiasat polis turut hadir apabila pasukan forensik HKL menjelaskan secara terperinci kepada keluarga dan peguam hasil bedah siasat itu.

"Selain itu, polis juga memiliki 82 gambar bedah siasat terperinci luka ke atas badan Balamurugan.

"Bagaimana Ketua Polis Negara boleh mendakwa bahawa keputusan itu 'tidak jelas' atau bahawa polis tidak tahu kedudukan pukulan trauma pada badan mangsa," kata Surendran dan Latheefa.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS