Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
CNA: Diplomat Korea Utara hantar pulang empat suspek
Diterbitkan:  Feb 23, 2017 1:11 PM
Dikemaskini: 5:15 AM

Polis mahu merakamkan kenyataan seorang diplomat Korea Utara, yang dikesan menghantar empat supek yang diburu berhubung pembunuhan Kim Jong-nam pulang ke Pyongyang.

Channel NewsAsia (CNA) yang memetik sumber polis melaporkan diplomat itu yang juga adalah setiausaha kedua di Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur, dirakamkan menerusi kamera litar tertutup atau CCTV ketika menghantar empat lelaki berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari sama Jong-Nam dibunuh.

"Beliau berada di KLIA bersama-sama dengan seorang kakitangan dari Air Koryo pada 13 Februari," kata sumber itu.

Diplomat berusia 44 tahun, dan juga kakitangan syarikat penerbangan yang berusia 37 tahun itu, dipercayai masih berada di negara ini.

Mengenai suspek keempat dari Korea Utara itu, polis percaya lelaki itu berusia antara lingkungan 33 dan 57, yang merancang dan melaksanakan pembunuhan Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-Un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2).

Suspek dikatakan merekrut dua suspek wanita - warga Vietnam dan Indonesia, yang mendekati Jong-nam sebelum beliau dijadualkan berlepas ke Macau, dan dipercayai menekap bahan beracun di muka mangsa pada pagi 13 Februari.

Menurut laporan berita, empat lelaki berkenaan melarikan diri kembali ke Korea Utara, selepas terbang ke Jakarta, Dubai dan kemudian ke Vladivostok sebelum ke Pyongyang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa kedutaan Korea Utara untuk memaksa kedua-dua lelaki itu supaya tampil untuk membantu siasatan, dan juga untuk membantu dalam mengesan keempat-empat suspek di Pyongyang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS