Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Waris Jong-nam dijangka tiba dalam masa terdekat
Diterbitkan:  Feb 23, 2017 4:59 PM
Dikemaskini: 9:03 AM

Polis menjangkakan waris kepada abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam akan tiba ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat bagi membantu mengenal pasti mayatnya, kata Timbalan Ketua Polis Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Menurut New Straits Times, Noor Rashid berkata waris berkenaan itu mungkin seseorang yang tinggal "tidak jauh" dari Malaysia.

“Setakat ini belum (ada), tapi saya rasa dalam sehari dua ada waris akan datang.

Ia mungkin seorang kanak-kanak atau waris (yang tinggal berhampiran Malaysia),” katanya ketika ditemui pemberita di Muar, Johor hari ini.

Mayat Jong-nam ditempatkan di Jabatan Forensik Hospital Kua Lumpur sejak pembunuhannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.

Abang Presiden Korea Utara, Kim Jong-un itu dipercayai diracun, tetapi pihak berkuasa masih belum menentukan jenis bahan kimia yang digunakan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS