Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Leftenan kolonel, staf sarjan direman 7 hari
Diterbitkan:  Feb 24, 2017 6:08 AM
Dikemaskini: Feb 24, 2017 7:19 AM

Dua anggota tentera termasuk pegawai kanan berpangkat leftenan kolonel ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kelulusan puluhan projek kepada syarikat berkepentingan sejak beberapa tahun lalu.

Perintah reman itu yang dikeluarkan Majistret Nurunaim Abdullah di Kuantan hari ini turut dikenakan ke atas seorang staf sarjan, kata sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang.

Sumber itu berkata staf sarjan berusia 44 tahun berkenaan ditahan SPRM Kuantan pada 8.40 malam tadi susulan siasatan ke atas leftenan kolonel tersebut yang ditahan oleh SPRM Temerloh pada jam 2.30 petang semalam.

Leftenan kol berusia 57 tahun itu yang berkhidmat di Unit Senggaraan Zon Timur, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP) ditahan selepas hadir di pejabat SPRM Temerloh bagi memberi keterangan berhubung rasuah dan salah guna kuasa melibatkan dirinya.

Suspek dipercayai menerima suapan daripada kontraktor-kontraktor proksi termasuk syarikat milik ayahnya dan isteri suspek merupakan pengarah syarikat tersebut.

Kedua-dua suspek yang merupakan Penyelia Senggaraan Kawasan Temerloh, Pahang itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi )SPRM Dato Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perintah reman itu dan berkata pihaknya akan menyiasat jika terdapat terdapat penglibatan pegawai-pegawai lain dalam kes berkenaan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS