Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gagal bayar caruman KWSP, Perkeso, Nufam gesa ambil tindakan
Diterbitkan:  Feb 24, 2017 8:56 AM
Dikemaskini: 1:08 AM

Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap syarikat penerbangan yang masih belum membayar carumah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bekas pekerja.

Menurutnya, ramai pekerja yang telah diberhentikan, masih belum menerima caruman KWSP mereka.

Dalam satu kenyataan malam tadi, Nufam berkata ia membabitkan lebih 500 pekerja di syarikat penerbangan yang bermasalah, tetapi ia mendaka pihak berkuasa gagal mengambil tindakan tegas walaupun aduan telah dibuat.

Kesatuan itu berkata ia telah mengemukakan bukti bahawa syarikat itu membuat potongan caruman KWSP dan Perkeso dari gaji kakitangan tetapi ia tidak pernah dikreditkan ke dalam akaun KWSP dan Perkeso mereka.

Ia menganggarkan jumlahnya bagi tahun 2016 ialah kira-kira RM1 juta.

Kesatuan itu mahu jaminan pihak berkuasa bahawa tindakan segera akan diambil terhadap syarikat yang gagal untuk membuat sumbangan carumah itu.

Pihak berkuasa, katanya, boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat tersebut.

[Baca berita penuh]
 

Lihat Komen
ADS