Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
AS: Masyarakat Islam bantu kumpul dana baik pulih kubur Yahudi
Diterbitkan:  Feb 24, 2017 3:28 PM
Dikemaskini: 7:29 AM

Aktivis Islam di Amerika Syarikat mengumpul dana sebanyak US$78,000 untuk membantu membaik pulih perkuburan Yahudi di St Louis, Missouri yang rosak akibat perbuatan vandalisme, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA).

Menurut pihak penganjur mereka sangat teruja kempen menerusi launchgood.com mencapai sasaran apabila berjaya mengumpul US$20,000 dalam tempoh tiga jam dan kemudian jumlah itu mencecah empat kali ganda hasil sumbangan lebih 2,800 penyokong kempen.

Ia diianjurkan oleh aktivis hak awam Linda Sarsour dan usahawan Tarek El-Messidi.

"Masyarakat Islam di Amerika bersama dengan masyarakat yahudi Amerika mengecam tindakan vandalisme terhadap perkuburan Chesed Shel Emeth. Kami juga merakamkan simpati kami kepada mereka yang terjejas dan kepada masyarakat Yahudi keseluruhannya," menurut laman web kempen itu.

Lebih 170 batu nisan di tanah perkuburan di pinggir bandar itu rosak.

Pada awal minggu Jabatan Keadilan dan FBI mengumumkan akan melakukan siasatan insiden ugutan terhadap pusat Yahudi di seluruh negara.

- Bernama

Lihat Komen
ADS