Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PAS perlukan masa untuk pertimbangkan cadangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang mahu menjalin 'pakatan pilihan raya' pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti, kata setiausaha agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata PAS perlu mengambil pendekatan 'memilih' kerana tidak mahu 'sejarah lama' berulang.

"Kita ada pengalaman yang cukup banyak dalam pakatan politik... era sekarang ini kita kena pick and choose," katanya pada sidang media di Alor Setar hari ini.

Bagaimanapun, katanya seperti yang diputuskan PAS pusat sebelum ini, PAS negeri dibenarkan untuk mengadakan program atau aktiviti bersama BERSATU asalkan bukan dengan Parti Amanah Negara ataupun DAP.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini berkata mahu menjalin 'pakatan pilihan raya' dengan PAS bagi mengelak pertembungan tiga penjuru pada PRU akan datang.

- Bernama

Lihat Komen
ADS