Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
DAP, AMANAH nafi rundingan agihan dimuktamad di S'gor

Parti Amanah Negara menafikan laporan berita bahawa Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah memuktamadkan rundingan pembahagian kerusi di Selangor tanpa PAS.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata Harapan dan BERSATU belum berunding mengenai pembahagian kerusi bagi 22 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

Khalid memberitahu Malayskini bahawa laporan itu sangat diragui dan beliau percaya ia satu propaganda BN untuk menjejaskan rundingan antara HARAPAN dan parti Islam itu.

Senario terbaik bagi BN ialah bergabung tenaga dengan PAS dalam pilihan raya umum akan datang untuk menawan semula Selangor, katanya, manakala yang kedua terbaik bagi BN ialah pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan HARAPAN atau BERSATU.

Ahli Parlimen Shah Alam itu bagaimanapun mengakui jawatankuasa teknikal bersama telah ditubuhkan di antara sekutu HARAPAN dan BERSATU untuk berbincang mengenai rundingan agihan kerusi di kalangan mereka di seluruh negara, tanpa PAS.

"Jawatankuasa ini mungkin belum bertemu," katanya sambil menambah bahawa pengarah pilihan raya AMANAH, Hatta Ramli menganggotai jawatankuasa itu.

Khalid berkata demikian sebagai menjawab portal Kelab Penyokong BN (BNBBC) portal yang memetik sumber yang mendakwa bahawa Pakatan Harapan membuat perancangan bagi peruntukan kerusi di Selangor tanpa PAS.

Daripada 56 kerusi DUN di Selangor, BNBBC berkata, PKR dan DAP masing-masing telah diperuntukkan 18 dan 15 kerusi.

Manakala, 15 kerusi yang ditandingi oleh PAS sebelum ini telah dibahagikan antara AMANAH dan BERSATU. AMANAH diperuntukkan 14 kerusi dan BERSATU sembilan.

Mengulas mengenainya, Khalid berkata AMANAH yang merupakan rakan gabungan itu, akan dapat bertanding empat hingga kerusi Parlimen dan 10 hingga 14 kerusi DUN.

Beliau bagaimanapun berkata, rundingan agihan kerusi itu harus tertakluk kepada peluang untuk menang dan kepentingan parti masing-masing dan bahawa AMANAH terbuka kepada perbincangan.

Walaupun jika PAS bersetuju untuk bersama Harapan dan BERSATU di Selangor, beliau berkata, parti Islam itu tidak akan dapat bertanding 21 kerusi negeri seperti pada pilihan raya umum 2013.

Sementara itu, Pua berkata HARAPAN dan BERSATU tidak akan dapat mengadakan rundingan agihan kerusi tanpa terlebih dahulu membuat keputusan mengenai isu kerjasama dengan PAS.

"Mereka belum lagi menyelesaikan isu kerjasama itu, jadi bagaimana kita boleh bercakap mengenai rundingan agihan kerusi?" kata ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara itu.

"Kita boleh bercakap tentang rundingan agihan kerusi sejurus sebelum pilihan raya. Tidak perlu tergesa-gesa untuk berbuat demikian," katanya.

PAS telah menegaskan bahawa parti itu tidak akan bekerjsama dengan mana-mana parti politik yang mempunyai hubungan dengan DAP dan AMANAH.

PAS akan mengkaji semula hubungannya dengan PKR dan membuat keputusan sama ada ia perlu terus kekal dalam kerajaan negeri Selangor bersama Harapan, dalam muktamarnya yang akan datang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS