Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

ULASAN Ia adalah perkara biasa apabila parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya untuk menentukan siapa yang akan mengetuai kerajaan berikutan kemenangan mereka.

Pemimpin yang mengetuai pilihan raya, membawa visi dan komitmen untuk partinya dan beliau juga bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar mengikut janji pilihan raya.

Oleh itu, penting bagi pengundi tahu hasratnya sebelum PRU14, siapa yang akan memimpin negara sekiranya parti pembangkang memenanginya, di mana pemimpin berkenaan yang akan menentukan nasib rakyat di masa hadapan.

Persoalannya, siapa yang akan mengetuai PRU14? Memang terdapat perbezaan pandangan dalam pakatan pembangkang mengenai siapa yang akan mengetuai pada PRU14 dan calon perdana menteri, namun parti-parti komponen Pakatan Harapan telah sebulat suara membuat keputusan.

DAP dan AMANAH telah mengisytiharkan secara terbuka untuk memberikan sokongan kuat kepada Anwar sebagai calon perdana menteri pada Konvensyen Pakatan Harapan 2016 yang lalu.

Keputusan dibuat secara teliti selepas mengambilkira sentimen penyokong masing-masing.

Sentimen majoriti

19 tahun yang lalu, pada tahun 1998, Anwar mengasaskan gerakan reformasi dan kepimpinan beliau kekal utuh sehingga ke hari ini. Gerakan reformasi telah memberikan momentum luar biasa meskipun beliau dipenjarakan secara tidak adil.

Di bawah kepimpinan Anwar;

PRU 2008 - Pembangkang memenangi 5 kerajaan negeri – Tidak pernah dilihat lagi dalam mana-mana Pilihan Raya Malaysia!

PRU 2013 - Pembangkang memenangi 52 peratus undi popular - Negara ini boleh menjadi milik kita!

Justeru untuk memenangi pada PRU 14, pakatan pembangkang perlu terus mendapatkan sejumlah besar besar pengundi yang mahu melihat perubahan dalam negara ini. Anwar merupakan ikon gerakan reformasi.

Beliau merupakan suara di sebalik cita-cita, benteng utama sebuah negara yang mahukan perubahan dan pembaharuan institusi dan kerajaan. Penjara bukan penghalang bagi beliau untuk menjadi pemimpin ikonik kami.

Gerakan reformasi sudah matang dan bersedia untuk menempa satu kejayaan walaupun tanpa Anwar hadir secara fizikal pada PRU14 nanti. Sememangnya beliau amat penting dan kami tahu beliau akan terus memantau, memberi inspirasi dan yang paling penting adalah dengan memberikan sokongan di setiap kempen pembangkang dalam pilihan raya bagi mencapai kemenangan.

PM Sementara

Dengan PRU14 semakin hampir, persoalan praktikal timbul: Anwar masih di dalam penjara, siapa yang akan menjadi PM sekiranya pembangkang menang?

Ini bukan sesuatu yang abnormal apabila kerajaan yang memerintah akan meletakkan pemimpin pembangkang yang dominan dalam keadaan politik yang tidak menguntungkan.

Bagaimanapun, apabila pembangkang mula berkuasa, pelantikan seorang pemangku PM boleh mengawal situasi secara cekap seperti yang ditunjukkan dalam contoh berikut:

Apabila AKP yang diasaskan oleh Endorgan menang besar pada pilihan raya Turki 2002, Endorgan tidak dapat menjadi PM kerana beliau telah diharamkan daripada jawatan politik oleh rejim sebelumnya.

Bagi menyelesaikan masalah ini, pengasas bersama AKP, Abdullah Gul telah dilantik sebagai PM sementara sehingga kerajaan baru ini menggubalkan larangan Endorgan daripada menyertai politik.

Selepas itu, Endorgan menang dalam pilihan raya kecil dan mengambil alih jawatan perdana menteri setahun kemudian.

Di Myanmar, Aung San Suu Kyi, pemimpin Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) yang menang pada 2015 dilarang oleh perlembagaan Myanmar untuk menjadi Presiden kerana anak-anaknya adalah warga asing.

Bagi menyelesaikan masalah ini, orang kepercayaan beliau Htin Kyaw telah dilantik sebagai presiden manakala Aung kekal sebagai pemimpin ‘de facto’ dengan gelaran rasmi ‘State Counsellor’.

Beliau telah berjanji untuk meminda perlembagaan tidak demokratik yang telah digubal oleh tentera junta. Ia menjangka bahawa beliau akan mengambil alih jawatan Presiden apabila perlembagaan dan larangan pengharaman terhadap beliau dipinda.

Wan Azizah: Faktor Jaminan

Di Malaysia, Wan Azizah, merupakan ketua pembangkang yang mengetuai gerakan reformasi dan Pakatan Harapan semasa ketiadaan Anwar, beliau mengadakan perundingan dan penyelesaian yang wajar dan praktikal untuk menjadi seorang perdana menteri sementara.

Beliau menjadi kubu dan pengundi-pengundi boleh diberi jaminan bahawa kerajaan baru tidak akan menyimpang daripada agenda reformasi.

Memang terdapat ramai pemimpin utama pembangkang lain yang berkaliber dan layak sebagai calon PM.

Namun, seseorang itu perlu ingat bahawa sebahagian besar daripada penyokong pembangkang yang mengundi untuk pembaharuan reformasi seperti yang berlaku dalam PRU13 bersatu di belakang gambaran ikonik Anwar.

Bolehkah pakatan pembangkang mendapatkan pengundi jika pembangkang meletakkan satu nama calon PM selain daripada Anwar atau idea di mana Wan Azizah tidak menjadi PM sementara?

Revolusi Orang Cina

Sun Yat-Sen, pelopor ‘Revolusi Demokratik’ yang telah menggulingkan Dinasti Qing pada tahun 1912 tidak menjadi Presiden selepas revolusi itu.

Untuk kepentingan politik dan untuk mengelakkan perang saudara, Yuan Shikai sebagai Panglima Qing yang mengawal tentera utara telah dilantik sebagai presiden.

Tetapi apa yang berlaku tidak seperti yang dirancang. Selepas menjadi presiden, Yuan membubarkan Parlimen yang baru dipilih atas alasan bahawa China tidak bersedia lagi untuk menjadi Negara Republik dan pada tahun 1915, beliau mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja China.

Walaupun akhirnya beliau tidak berjaya menghidupkan semula pemerintahan beraja (monarki) di negara China. Negara ini turut mengalami beberapa siri perang saudara yang panjang akibatnya.

Gerakan reformasi yang diasaskan oleh Anwar telah melalui perjuangan yang panjang selama hampir 20 tahun.

Ramai pemimpin dan ahli-ahlinya telah dianiaya, dizalimi dan dipenjarakan kerana komitmen mereka kepada kebebasan.

Perjuangan yang amat panjang akhirnya akan sampai ke penghujungnya. Pakatan Harapan mesti berdiri teguh di sebalik suara, wajah dan nama Anwar adalah kejayaan akhir yang akan melengkapkan perjalanan ke Putrajaya.


DR TAN YEE KEW Bendahari Agung PKR.

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS