Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PRU14: Lebih ramai calon muda, kata BN Perak
Diterbitkan:  Feb 26, 2017 3:38 PM
Dikemaskini: 7:43 AM

Barisan Nasional (BN) Perak bakal menampilkan lebih banyak muka baharu terutama daripada golongan muda sebagai calon dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Menteri Besar selaku Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ia merupakan sebahagian proses peremajaan parti demi kelangsungan parti dalam mengukuhkan kedudukan BN di Perak.

"Sudah tentu untuk melihat proses peremajaan parti, kita tidak boleh menafikan peranan orang muda termasuk golongan wanita dalam parti.

"Apa yang pasti akan ada calon-calon daripada golongan muda dalam PRU14," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Pemimpin Muda Perak Bersama Menteri Besar, hari ini.

Turut hadir Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun.

Zambry berkata pihaknya telah mengadakan beberapa siri pertemuan dan latihan melibatkan kesemua jentera khas parti di setiap bahagian di Perak bagi mengkaji dan menyelesaikan sekiranya terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki.

"Mana-mana pihak yang mahu bertanding dalam pilihan raya mereka perlu bersiap sedia dalam pelbagai aspek kerana kita tidak boleh terlalu yakin," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS