Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peniaga dakwa rugi RM100,000 ditipu ejen pekerja asing

Niatnya membantu seramai 14 pekerja asing yang bekerja dengannya bagi mendapatkan permit bertukar menjadi igauan ngeri apabila mendakwa ditipu dua syarikat ejen pekerja asing.

Peniaga gerai makanan, Pang Yee Wah mengganggarkan kerugian sebanyak RM100,000 yang telah dibayar kepada ejen berkenaan, selain perlu membayar kompaun kepada Jabatan Imigresen Malaysia.

“Saya telah cuba dapatkan permit untuk pekerja saya, apa juga cara saya cuba usahakan untuk pastikan mereka dapat permit. Semua cara telah saya gunakan.

“Tapi akhirnya saya rugi sebanyak RM100,000 dan pekerja saya pula kini ditangkap,” katanya kepada Malaysiakini.

Pang berkata pada 2014 kerajaan telah melaksanakan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (Permit 6P) dan beliau telah cuba mendapatkan permit bagi pekerjanya dengan bayaran RM9,000 untuk seorang pekerja.

Namun, katanya kekangan kuota menyebabkan hanya seorang sahaja yang berjaya mendapatkan permit.

Tambahnya, usahanya tidak berhenti di situ apabila pada September tahun lalu beliau berusaha mendapatkan permit melalui sebuah syarikat namun mendakwa telah ditipu dengan hanya dibekalkan ‘kertas sebagai pengenalan diri’.

Pada Disember tahun lalu, kenalannya pula memperkenalkan seorang lelaki bernama Andrew Chuah yang didakwa dari 'Jabatan Sumber Manusia' bagi membekalkan 14 keping kad hijau dengan tiap satunya bernilai RM2,000.

Menurut Pang, malang menimpanya sekali lagi apabila pada 17 Februari lalu, pihak imigresen menjalankan operasi rutin di kedainya dan menahan 21 orang termasuk pekerja dan pelanggan warga asing.

“Yang saya tahu minimum kompaun yang akan dikenakan terhadap saya sebanyak RM100,000. Sekarang saya sudah tidak ada pekerja, hanya beberapa orang sahaja yang tinggal.

“Mana saya nak cari wang, kenapa tidak mereka (imigresen) mudahkan urusan membuat permit pekerja,” soalnya.

Pang berkata beliau telah membuat laporan polis berhubung penipuan oleh dua agensi itu serta membuat laporan di Kementerian Sumber Manusia.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana agensi yang menipu majikan masih wujud sedangkan kerajaan telah giat memantau mereka sejak dari dulu.

“Saya juga rasa kerajaan macam susahkan kerja peniaga macam saya yang nak apply (mohon) permit kerja untuk pekerja saya, saya boleh bayar untuk permit pekerja tapi permohonan selalu ditolak akhirnya saya yang kena bayar kompaun kerana pekerja saya tidak ada permit,” katanya.

Malaysiakini akan mendapatkan respon dari Jabatan Imigresen dan Kementerian Sumber Manusia berhubung dakwaan itu.

Lihat Komen
ADS