Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rakan-rakan percaya Siti Aisyah 'diperdaya' bunuh Jong-nam
Diterbitkan:  Feb 27, 2017 3:01 PM
Dikemaskini: 7:05 AM

Rakan-rakan wanita Indonesia yang ditahan berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam, Siti Aishah percaya beliau telah diperdaya untuk melakukannya.

Menurut China Press, suspek meraikan hari jadinya di sebuah kelab malam yang terkenal di Kuala Lumpur pada malam sebelum berlakunya pembunuhan tersebut.

Semasa parti hari jadi itu, rakan-rakan suspek dimaklumkan bahawa beliau akan mengambil bahagian dalam program 'prank' untuk sebuah rancangan realiti televisyen pada hari berikutnya.

Seorang rakan suspek turut menunjukkan video kepada China Press mengenai kegirangan suspek yang ketawa dan tersipu malu selepas rakan-rakannya mengatakan beliau akan menjadi 'bintang'.

"Saya tidak percaya dia akan membunuh mana-mana individu hanya untuk mendapatkan wang. Mustahil. Saya rasa dia telah diperdaya," jelas rakannya.

Menurut rakan beliau, suspek tidak mempunyai motif untuk membunuh Jong-nam dan bertekad untuk menceburi industri hiburan.

"Dia seorang yang ringkas dan berharap dapat menceburi industri hiburan, suatu hari nanti.

"Saya tahu cita-citanya itu kira-kira setahun yang lalu," tambahnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS