Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kadar inflasi teras stabil, tiada rancangan turunkan GST'

Kerajaan tidak bercadang untuk menurunkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hanya berdasarkan turun naik inflasi dalam jangka pendek, kata Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata, kenaikan kadar inflasi kepada 3.2 peratus pada Januari 2017 berkait rapat dengan lonjakan harga minyak dan kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

"(Bagaimanapun) inflasi teras - tidak termasuk harga bahan api - kekal stabil pada 2.3 peratus - berbanding 2.1 peratus pada 2016 - dengan tidak menjangkan kenaikan harga berskala besar," kata Johari ketika dihubungi Malaysiakini.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa kerajaan membatalkan GST.

"Jika kerajaan tidak mampu untuk membatalkan GST, sekurang-kurangnya kerajaan perlu menurunkan kadar GST sejajar dengan kenaikan kadar inflasi sebagai langkah mengurangkan beban rakyat.

"Menurunkan kadar GST sejajar dengan kenaikan kadar inflasi tidak akan mengurangkan nilai kutipan GST kepada kerajaan kerana harga barangan yang lebih mahal akan mengimbangi penurunan kadar GST," kata Tuan Ibrahim.

Beberapa hari yang lalu, RHB Research menjangka inflasi akan meningkat kepada tiga peratus tahun ini daripada 2.1 peratus pada 2016, katanya dalam satu nota penyelidikan.

Jangkaan itu dibuat berdasarkan harga bahan api yang lebih tinggi, penghapusan subsidi ke atas harga barang terpilih, peningkatan kos perniagaan serta penyusutan ringgit yang menyebabkan harga import yang lebih tinggi, katanya.

Johari, bagaimanapun, berkata, banyak barangan keperluan dikecualikan daripada GST, dan pada kadar enam peratus yang merupakan paling rendah di rantau ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS