Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kenapa BR1M Perlis diedar secara manual?
Diterbitkan:  Feb 27, 2017 5:17 PM
Dikemaskini: 9:32 AM

PKR Perlis membangkitkan siapa yang bertanggungjawab membuatkan pengedaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di negeri itu kali ini berjalan secara manual.

Pengerusinya Mohammad Faisol Abd Rahman membangkitkan persoalan itu memandangkan Menteri Besar Azlan Man sendiri menjelaskan ia bukan keputusan negeri.

“Ada tangan tangan ajaib di belakang yang mengatasi kuasa menteri besar.

“Ini di buktikan dengan kenyataan YAB MB Perlis dalam Facebook rasmi beliau bahawa ini bukan keputusan kerajaan negeri. Persoalannya keputusan siapa?”soalnya.

Azlan pada 23 Februari lalu berkata keputusan pembayaran BR1M 2017 secara manual di Perlis bukan diputuskan oleh kerajaan negeri, walaupun diminta menguruskannya.

Bagaimanapun, katanya, bagi mempercepatkan proses bayaran, Unit Pentadbiran Daerah (UPD)telah diarahkan untuk menyelaras pemberian mengikut kawasan Parlimen secara berasingan.

“Saya bagi pihak kerajaan negeri memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh para penerima.

“Kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat negeri Perlis,” katanya.

Dalam kenyataan hari ini, PKR berkata pihaknya amat dukacita dengan pengedaran itu yang didakwanya tidak profesional dan menyusahkan penerima, berbanding pemindahan terus ke akaun sebelum ini.

Faisol mengesyaki terdapat “kepentingan politik” menjelang pilihan raya umum akan datang.

Katanya, penerima akan terpaksa hadir ke tempat pengedaran semata-mata untuk mendapatkan baucar dan mungkin ada yang terpaksa mengambil cuti.

Lihat Komen
ADS