Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perut terburai ditikam kerana kecewa ada gastrik
Diterbitkan:  Feb 27, 2017 5:26 PM
Dikemaskini: 9:29 AM

Polis Kelantan masih menyiasat kejadian seorang buruh 49 tahun yang menikam perut sendiri sehingga terburai usus selepas dikatakan kecewa disahkan doktor mengalami masalah gastrik.

“Dalam kejadian terbabit, mangsa berada dalam bilik dan mengunci pintu seorang diri manakala anak dan isterinya berada di luar.

"Mangsa menggunakan golok kepunyaan sendiri dan kita turut mengambil senjata itu bagi tindakan lanjut.

“Melalui hasil pemeriksaan yang dilakukan terhadap kediaman mangsa juga tiada elemen jenayah berhubung kejadian itu,” Ketua Polis negeri, Datuk Dr Ab Rahman Ismail dilaprkan sebagai berkata.

Sinar Harian melaporkan kejadian berlaku di Kampung Baru Keroh di Kuala Krai di Kota Bharu, semalam.

Salam sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab 2, di Kota Bharu hari ini, Ab Rahman juga berkata, mangsa kini stabil di hospital Kuala Krai namun masih tidak sedarkan diri.

“Kita harap dapat mengenal pasti punca kejadian sebenar yang menyebabkan lelaki terbabit bertindak sedemikian," katanya lagi, seperti dilaporkan akhbar itu.

Lihat Komen
ADS