Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS) untuk menyediakan dokumen umum berkaitan kehilangan pesawat MH370 dua tahun lalu kepada 76 anggota keluarga yang dalam penerbangan itu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat mencapai keputusan sebulat suara untuk menolak rayuan MAS berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 8 September lalu yang mensyaratkannya menyediakan dokumen berkenaan.

Beliau berkata tidak ada alasan menarik dan substantif bagi mahkamah untuk mengganggu perintah itu.

Dua lagi hakim yang bersidang sama adalah Datuk Abdul Rahman Sebli dan Puan Sri Zaleha Yusof .

Mahkamah turut memerintahkan perayu membayar kos RM10,000.

Sehubungan itu, keputusan yang memerintahkan MAS menyediakan dokumen umum kepada waris-waris warganegara asing tersebut untuk digunakan dalam kes saman itu, kekal.

Semua 76 plaintif terdiri daripada 66 orang warganegara China, lapan dari India dan dua rakyat Amerika Syarikat memfailkan saman berkenaan berikutan kehilangan ahli keluarga mereka yang menaiki pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Mereka menamakan MAS, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kerajaan Malaysia sebagai defendan-defendan

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS