Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kematian Thanaseelan boleh 'dielakkan', kata peguam
Diterbitkan:  Feb 27, 2017 8:46 PM
Dikemaskini: 12:49 PM

Kematian tahanan Thanaseelan Muniandy mampu dielakkan jika pihak polis bertindak sejajar dengan peraturan lokap dengan bergegas membawanya ke hospital apabila komplikasi kesihatan berlaku, menurut peguam keluarga mangsa.

Kata mereka, bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa di Hospital Sungai Buloh dan punca kematian telah ditentukan sebagai 'septisemia ekoran peritonitis bernanah akibat ulser berlubang'.

"Menurut ahli patologi - kerana gastrik yang serius, ulser, penembusan dan jangkitan, si mati akan berada dalam kesakitan untuk sekurang-kurangnya seminggu sebelum kematiannya. Selanjutnya, dia akan menjadi sangat lemah dan tidak dapat makan ekoran keadaan itu.

"Oleh kerana bukti perubatan menunjukkan Thanaseelan akan mengalami kesakitan, mengapa pihak polis masih meletakkannya dalam lokap, mangsa sepatutnya dikejarkan ke hospital dengan segera.

"Polis perlu perlu bertanggungjawab atas kematiannya kerana ia adalah sesuatu yang boleh dielakkan," kata peguam Eric Paulsen dan Melissa Sasidaran dalam kenyataan bersama hari ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS