Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

UMW Holdings Bhd mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM2.15 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2016 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM269.7 juta pada 2015.

Perolehannya turut susut kepada RM10.97 bilion daripada RM14.41 bilion.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, ia berkata prestasi keseluruhan kumpulan itu terjejas akibat kerugian dialami unit minyak dan gas susulan penyusutan industri berkenaan.

"Bagaimanapun, perniagaan automotif, peralatan dan pengeluaran serta kejuruteraan kumpulan kekal mencatat untung pada 2016," katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Badrul Feisal Abdul Rahim berkata kumpulan itu juga terdorong dengan daya tahan dipaparkan oleh segmen perniagaan teras lainnya untuk mengekalkan keuntungan biarpun berdepan persekitaran operasi yang amat mencabar.

"Prospek masa depan UMW Holdings mendapat rangsangan susulan keputusan strategik kumpulan untuk melepaskan sektor minyak dan gas. Kami juga menyasarkan kedudukan kewangan dan prestasi akan kembali meningkat pada masa depan," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS