Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sekolah satu aliran antara idea dalam dialog TN50
Diterbitkan:  Feb 28, 2017 9:33 AM
Dikemaskini: 1:35 AM

Seramai 3,000 pelajar dilaporkan hadir dalam sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, malam tadi.

Antara idea yang diketengahkan termasuk keinginan melihat Malaysia menjadi pengeluar produk makanan dan tidak bergantung kepada negara luar, memperkasa peranan guru serta mewujudkan satu aliran sekolah sahaja.

Menteri Besar Terengganu Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman turut hadir dalam acara itu.

Berkaitan impiannya menjelang TN50, Razif pula berkata ingin mempunyai ramai anak negeri yang hebat dalam bidang agama dan mampu mengubah landskap ekonomi sedia ada.

"Impian kami untuk melahirkan ramai seperti Sulaiman Embong... anak yatim yang miskin tetapi mencipta pelbagai keajaiban dalam pelajaran, hafaz al-Quran dan akhirnya mempunyai syarikat hebat yang menyumbang kepada ekonomi negeri," belau dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, Razif juga berkata TN50 bukan mustahil jika generasi muda mengubah cara berfikir dan terus menanam impian.

"Kita perlu bersedia dan mesti mencabar kelaziman serta berfikir di luar kotak. Di Terengganu, usaha kerajaan negeri sentiasa ada untuk usaha tersebut dengan menyediakan pelbagai bantuan sejak daripada peringkat awal.

"Jika idea anak muda boleh dicantum dan dilaksanakan, ia tentunya membawa faedah yang menakjubkan pada masa hadapan sama ada dalam pendidikan mahupun perkara lain," beliau dipetik sebagai berkata.

TN50 yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertujuan memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.

Mula diperkenalkan bulan lalu, sesi jelajah TN50 telah bermula di Sabah, dan Terengganu menjadi negeri kedua yang dipilih bagi program itu.

Lihat Komen
ADS