Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Aziz: Muhyiddin ayam yang ekornya bergelumang tahi
Diterbitkan:  Feb 28, 2017 10:49 AM
Dikemaskini: 2:59 AM

Warkah terbuka Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah membenarkan titah baginda bahawa beliau “angkuh dan sombong”, kata seorang pemimpin Umno Johor.

Teguran tersebut langsung tidak mahu dipandang secara serius oleh Muhyiddin.

“Malahan, warkah ini dilihat seolah-olah mahu mencabar pihak istana,” kata Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Ab Aziz Kaprawi.

“Malah beliau tidak perlu menjelaskan jasa-jasa yang telah beliau lakukan sewaktu berkhidmat dahulu kerana jelas yang membolehkan beliau melakukan khidmat bakti tersebut adalah kerana bernaung di bawah panji Umno dan BN.”

Muhyiddn dalam surat terbukanya sebagai balasan terhadap teguran sultan Johor mempertahankan hubungan akrab mereka ketika beliau menjadi menteri besar.

Malah, katanya sultan Ibrahim sendiri banyak berkongsi hal-hal pemerintahan dengannya dan beliau telah memimpin Johor menjadi antara negeri termaju di Malaysia.

Muhyiddin juga menafikan kerajaan Johor tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar gaji kakitangan awam ketika eranya.

Bagaimanapun, dalam kenyataan hari ini, Aziz berkata penjelasan Muhyiddin itu seperti ayam yang berkokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang tahi.

“...beliau cuba sembunyikan dosa-dosa lampau dengan menyatakan jasa-jasa yang telah dilakukan,” dakwanya.

Antara “dosa-dosa” dibangkitkan itu, termasuklah:

  • Ramai menanggung hutang akibat kegagalan menguruskan Amanah Saham Johor (ASJ).
     
  • Menukar cuti pada hari Jumaat kepada Ahad sehingga mengundang bantahan luar biasa.
     
  • Gagal meningkatkan pencapaian universiti tempatan ketika menjadi menteri pendidikan sehingga dibangkitkan di parlimen.
     
  • Kegagalan projek 1Bestari.Net.


Warkah terbuka Muhyiddin buat Sultan Johor

Sultan imbau MB lama yang 'angkuh', 'sombong'

Lihat Komen
ADS