Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
AG: Suspek pembunuhan Jong-nam didakwa esok
Diterbitkan:  Feb 28, 2017 12:43 PM
Dikemaskini: 5:07 AM

Dua suspek wanita dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, dijangka didakwa di Mahkamah Majistret, Sepang, esok.

Portal Berita Harian Online, memetik Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata pihaknya sudah menerima kertas siasatan kes berkenaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Sudah terima (kertas siasatan), akan didakwa di Mahkamah Sepang pagi esok, insya-Allah," katanya ringkas menerusi mesej WhatsApp berkaitan kes itu.

Reman kedua-dua suspek wanita dari Vietnam dan Indonesia itu yang masing-masing berusia 29 dan 25 tahun akan berakhir esok.

Kedua-dua mereka direman selama 13 hari bagi membantu siasatan berhubung kes kematian Jong-nam yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLA2) pada 13 Februari lalu.

Kedua-dua suspek utama itu dipercayai melumurkan bahan kimia dikenali sebagai agen saraf VX ke muka Jong-nam hingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Lihat Komen
ADS