Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
IGP: Polis tiada masalah kongsi maklumat VX dengan PBB
Diterbitkan:  Feb 28, 2017 12:59 PM
Dikemaskini: 5:07 AM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis tidak mempunyai masalah untuk berkongsi maklumat mengenai penggunaan agen saraf VX dalam pembunuhan Kim Jong-nam dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Jika Wisma Putra memberi lampu hijau, kita tidak ada isu untuk menyampaikan maklumat berkaitan," katanya kepada Malaysiakini dalam satu mesej teks.

Khalid mengulas kenytaaan duta Britain ke PBB, Matthew Rycroft yang menggesa Malaysia untuk berkongsi bukti bagi membolehkan badan dunia itu bertindak ke atas Korea Utara.

Menurut AFP, Rycroft berkata maklumat berkenaan boleh dihantar kepada Organisation for the Prohibition of Chemical Weapons (OPCW) yang berpangkalan di Hague, Belanda.

"Jika mereka mempunyai bukti, mereka seharus menghantarnya ke OPCW dan Majlis Keselamatan. Apabila mereka berbuat demikian, barulah kita boleh bertindak,” kata Rycroft.

Menurut duta itu, beliau berharap mana-mana negara "dalam kes ini Malaysia, dengan potensi bukti yang serius seperti ini, menyerahkannya dengan seberapa segera."

Sementara itu, duta Jepun Koro Bessho berkata terpulang kepada Putrajaya untuk membuat keputusan sama ada mereka mahu berkongsi maklumat berkenaan.

"Pada dasarnya, kami menunggu Malaysia untuk tampil dengan keputusan yang jelas," katanya.

Malaysia adalah penandatangan Konvensyen Senjata Kimia, yang bertujuan untuk menghapuskan penggunaan agen toksik.

Minggu lalu, OPCW berkata ia bersedia menghulurkan bantuan kepakaran dan teknikal ke Malaysia.

Jong-nam, abang kepada pemimpin teringgi Korea Utara Kim Jong-un, diserang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu ketika sedang menunggu untuk menaiki penerbangan ke Macau.

Dua wanita yang ditahan berhubung kes itu dipercayai melumurkan racun agen saraf VX ke muka mangsa.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS