Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Nurul Izzah Anwar berkata penduduk yang tidak mendapat manfaat dari projek perumahan semula Residensi Kerinchi di ibu negara, tidak memerlukan sindiran Datuk Seri Najib Razak.

Menjawab kenyataan Najib semalam, anggota parlimen Lembah Pantai itu menggesa perdana menteri menghormati hak penduduk dan menmberhentikan kenyataan berbaur “fitnah”.

“Jika Najib hendak politikkan isu perumahan, pembangunan rakyat, jangan sampai menyakiti hati mereka (penduduk) lagi dengan sindiran yang tak perlukan.

“Najib saya sarankan hormatilah hak penduduk, harapan dan maruah orang kawasan Kampung Kerinchi lebih-lebih lagi rakyat Malaysia,” kata Nurul Izzah di lobi Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Semalam Najib membidas Nurul Izzah yang didakwanya cuba menggagalkan pembangunan semula rumah pangsa empat tingkat di Kampung Kerinchi pada 2012.

Kata Najib, seramai 34 penduduk setempat yang mendengar “hasutan” Nurul Izzah kini menyesal kerana tidak dapat memiliki kediaman baru bernilai RM500,000 itu, berbanding lebih 400 penduduk lagi.

Sementara itu, Nurul Izzah juga membidas kembali Najib yang menyerang beliau, ketika diri sendiri terpalit dakwaan skandal 1MDB.

“Saya rasa betapa istimewanya Lembah Pantai apabila seorang individu yang ditugaskan untuk mentadbir Malaysia dengan 30 juta penduduk dan bertanggungjawab menambah hutang awam kini menumpu perhatian penuh kepada warga Lembah pantai dengan menyerang saya,” katanya.

Naib presiden PKR itu berkata, pada tahun 2012 ketika proses rundingan berlangsung, beliau hadir mendengarnya serta menyediakan bantuan guaman kepada penduduk.

Katanya, beliau turut menyediakan ruang kepada penduduk untuk berdialog dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi membantu penduduk menilai keputusan yang akan diambil.

Lihat Komen
ADS