Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images

Dua hari selepas pelantikannya dipertikaikan pemimpin Umno, Pengurus Besar (GM) Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) menegaskan, beliau sudah berhubung dengan peguam untuk menguruskan kes berkenaan.

Justeru, menurut Kamsani Nasir, beliau tidak dapat memberi lebih banyak kenyataan bagi mengulas isu dibangkitkan Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

"Insya-Allah, ia sedang diuruskan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Terdahulu, Malaysiakini bertanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Jamal.

Selasa lalu Jamal yang juga ketua kumpulan Baju Merah bertanya kewajaran di sebalik pelantikan Kamsani mengetuai sebuah yayasan di Selangor.

Bercakap pada sidang media di Shah Alam pada 28 Februari lalu, Jamal menuntut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, menjelaskan kedudukan Kamsani Nasir yang didakwanya berstatus muflis.

Azmin adalah pengerusi pemegang amanah yayasan berkenaan.

"Menter besar sebagai pengerusi Yawas perlu jelaskan bagaimana seorang pengurus besar yang telah diisytihar muflis (boleh) dilantik untuk menguruskan dana yayasan yang berjumlah ratusan juta ringgit setahun," katanya.

Jamal juga mempertikaikan sama ada pelantikan Kamsani ada kaitan dengan tuduhan rasuah didakwanya membabitkan pelaksanaan Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Kamsami sebelum itu adalah ketua pegawai operasi SMUE.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS