Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tuduhan rasuah: Biar peguam uruskannya, kata Annuar
Diterbitkan:  Mar 3, 2017 11:42 AM
Dikemaskini: 3:46 AM

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa menyerahkan kepada peguamnya untuk mengendalikan pertuduhan rasuah baru yangdilemparkan terhadapnya.

Dilaporkan bahawa seorang individu membuat laporan polis mengenai dakwaan berlaku unsur penyelewengan dalam projek perisian komputer RM2.7 juta daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), walaupun laporan itu kemudiannya ditarik balik.

"Kita terpinga-pinga dibuatnya berikutan adanya laporan polis dan SPRM (dibuat terhadap saya)... kemudian dengar pula laporan polis ditarik balik kersana sudah selesai secara baik.

"Apapun, eloklah perkara ini diserahkan kepada peguam untuk tindakan selanjutnya mengikut jalur undang-undang," kata Annuar di Facebook malam tadi.

Katanya, beliau telah menghubungi SKMM mengenai sebarang projek RM2.7 juta, dan SKMM memaklumkan kepada beliau bahawa tidak ada projek perisian komputer dianugerahkan kepada mana-mana pihak.

Beliau juga menghubungi syarikat yang dikatakan mendapat kontrak itu, tetapi mereka juga memberitahunya tidak ada kontrak seumpama itu yang melibatkan SKMM.

"Jadi dari mana datangnya asas dakwaan penyelewengan itu?

"Apa motif tuduhan tanpa asas dan siapa di belakangnya?" soal Annuar.

Ternyata ia satu fitnah yang sengaja dirancang dan yang sangat serius, katanya.

Beliau juga mempersoalkan sama ada undang-undang negara ini membenarkan tuduhan tidak berasas dan kemudian diviralkan sehingga pihak yang tidak bersalah menjadi mangsa.

Annuar juga bertanya apakah aduan palsu dan memberi maklumat palsu tidak perlu disiasat.

"Atau 'tangan ghaib ini' cukup berkuasa dan boleh mengatur segalanya mengikut selera mereka?" soal beliau lagi.

[Baca berita penuh]
 

Lihat Komen
ADS