Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu khutbah Jumaat: Wanita DAP tempelak Jakim
Diterbitkan:  Mar 4, 2017 5:43 PM
Dikemaskini: 11:09 AM

Penolong Setiausaha Publisiti Wanita DAP Kebangsaan, Syerleena Abdul Rashid mengkritik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana 'merendah-rendahkan' kelantangan wanita.

"Jakim mempunyai sejarah dalam mengkhususkan apa yang dikenali sebagai 'musuh-musuh Islam' dan merendah-rendahkan golongan yang tidak bersetuju dengan mereka.

"Sekali lagi, setelah memilih untuk tidak menangani penyalahgunaan kuasa atau kleptokrasi, Jakim memilih untuk merendah-rendahkan martabat wanita yang 'lantang'.

"Apa yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana platform menyokong kerajaan untuk menyebarkan dakwah mengenai toleransi, kasih sayang dan hormat-menghormati, sebaliknya, digunakan untuk menyebarkan ajaran jahat menyebarkan kebencian dan ketaksuban keterlaluan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Syerleena mengulas teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jakim, semalam, yang mendakwa sesetengah wanita memperjuangkan hak yang sama setelah terpengaruh dengan propaganda bertujuan memburuk-burukkan Islam.

"Mereka telah membangkitkan pelbagai isu 'panas' mengenai hak keadilan dan kebebasan untuk wanita seperti soal kebajikan dan status wanita, peranan dari sudut spiritual, hak dalam berpolitik, persamaan jantina, hak perundangan, keganasan, pemakaian hijab dan kedudukan wanita dalam al-Quran.

"Pada dasarnya pandangan ini dipengaruhi oleh propaganda untuk memburuk-burukkan Islam atas agenda tertentu," kata mimbar dalam khutbah yang bertajuk "Islam memerdekakan wanita".

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS