Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bagaimana pula perkongsian Najib-Jho Low, tanya DAP
Diterbitkan:  Mar 5, 2017 7:15 PM
Dikemaskini: 11:23 AM

Kenyataan Datuk Seri Najib Razak mengenai pembangkang yang disifatkan seperti perkongsian 'ali baba' menyebabkan tokoh pembangkang, Lim Kit Siang menggunakan istilah yang sama dalam menggambarkan hubungan perdana menteri dengan ahli perniagaan Jho Low.

"Najib sendiri yang bertanggungjawab mewujudkan perkongsian 'ali baba' terbesar dan paling jahat di Malaysia - 'Najib-Jho Low' berpaksikan konsep ali baba yang melonjakkan Malaysia kepada kleptokrasi global.

"(Ini terlibat) skandal kewangan terbesar di seluruh dunia sejak kebelakangan ini, skandal pengubahan wang haram antarabangsa 1MDB bernilai berbilion dolar," kata Lim dalam kenyataan, hari ini.

Lim berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib, semalam, yang menyifatkan kesepakatan pembangkang di Malaysia seperti pakatan ali baba kerana tidak mempunyai persefahaman untuk memilih siapa bakal perdana menteri jika mereka mendapat kuasa.

Najib juga menyifatkan pembangkang sebagai pelik kerana mereka hanya bersetuju untuk memilih Timbalan Perdana Menteri, menjadi individu paling berkuasa, kerana dia yang akan menentukan siapa bakal perdana menteri.

"Yang paling peliknya Timbalan Perdana Menteri yang akan memilih siapa yang akan jadi perdana menteri. Ini adalah ali baba, pembangkang adalah 'ali baba'," katanya ketika berucap merasmikan Lebuhraya Pan Borneo Sabah, di Sindumin dekat Sipitang.

Pada masa yang sama, Lim mengingatkan Najib bahawa Low yang merupakan rakan kenalan keluarga perdana menteri sedang dicari oleh pelbagai bidang kuasa.

Menurut siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB, Low memainkan peranan dalam pembentukan firma pelaburan negeri sebagai penasihat khas Lembaga Pelaburan Terengganu.

Sementara itu, Lim menggesa Najib memberitahu Parlimen apabila Dewan Rakyat bersidang semula pada Selasa ini sama ada beliau mengadakan pertemuan dengan Low semasa lawatan ke China pada November tahun lepas.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS