Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ku Nan yakin sekutu BN akan faham Akta 355
Diterbitkan:  Mar 6, 2017 11:38 AM
Dikemaskini: 3:45 AM

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yakin sekutu BN akan akhirnya menerima penjelasan Umno mengenai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) dan memahami maksud pindaan ke atas akta berkenaan.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak akan bertemu dengan para pemimpin BN supaya mereka faham pindaan akta tersebut tidak menjurus kepada hukuman hudud, jelas beliau.

"Kami akan pastikan semua parti komponen tahu apa makna pindaan itu kerana masih ramai yang cetek pengetahuan mengenainya," katanya yang popular dengan gelaran Ku Nan dalam wawancara bersama Sin Chew Daily.

"Ia hanya boleh dilaksanakan apabila semua pihak mencapai kata sepakat...BN menekankan kepada konsensus," ujar beliau sambil menambah akta berkenaan hanya melibatkan umat Islam.

Ku Nan yang juga menteri wilayah persekutuan, bagaimanapun, tidak menjawab ketika ditanya sama ada MCA, Gerakan dan MIC membantah bulat-bulat mengenai pindaan Akta 355.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul pindaan itu melalui rang undang-undang (RUU) persendirian di Dewan Rakyat bagi meningkatkan hukuman yang dijatuhkan di mahkamah syariah pada April 2015.

November lepas, beliau mengubah usul itu berkenaan bidang kuasa mahkamah syariah ini dengan menaikkan siling hukuman penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 kali sebat.

RUU tersebut yang kemudiannya diambil alih oleh kerajaan akan dibentangkan semula dalam sesi Parlimen yang akan bermula hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ku Nan berkata, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi 'gila' dalam hasrat beliau untuk 'memusnahkan pencapaian negara, terbina atas perpaduan setiap etnik'.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS