Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kebebasan bersuara ada had, ahli ekonomi mahu Zakir diusir

Pendakwah kontroversi Zakir Naik perlu diusir dari Malaysia kerana kebebasan bersuara mempunyai hadnya, kata bekas pengarah Pusat Inisiatif Dasar (CPI), Lim Teck Ghee.

"Semua orang tahu bahawa kebebasan bersuara mempunyai had dalam semua masyarakat," katanya melalui e-mel kepada Malaysiakini.

"Tindakan yang dimulakan terhadap Zakir adalah untuk mengelakkan beliau daripada terus menyebarkan mesej pelampau agama dan sikap tidak bertoleransi," jelas beliau.

Lim, bersama-sama dengan 18 yang lain, memfailkan saman sivil minggu lalu untuk memaksa kerajaan menahan dan menghantar pulang Zakir, yang mereka percaya berada di negara ini.

Memetik prinsip kebebasan bercakap dan bersuara, peguam Syahredzan Johan kemudian berkata seseorang tidak perlu disekat semata-mata kerana masyarakat tidak menyukai apa yang diperkatakannya.

"Kami mahu pihak berkuasa dan pemimpin-pemimpin politik kita menutup pintu kepada Zakir dan pendakwah kebencian yang lain sebelum ia terlewat," kata Lim, yang juga seorang pakar ekonomi.

Sementara itu, Lim juga menafikan bahawa saman mereka adalah bersifat menghasut seperti didakwa Pemuda PERKASA, yang membuat laporan polis terhadap mereka.

"Kami cuba untuk memelihara keselamatan negara, keharmonian dan perpaduan," katanya.

"Ahli-ahli PERKASA perlu bertanya kepada diri sendiri sama ada mereka akan senyap dan tidak melakukan apa-apa jika seorang pendakwah bukan Islam dibenarkan untuk melakukan ucapan kebencian yang sama terhadap Islam dalam forum awam dan ceramah," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS