Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Johor dapat exco perumahan baru
Diterbitkan:  Mar 8, 2017 5:39 PM
Dikemaskini: 9:43 AM

Jawatankuasa kerajaan negeri Johor atau barisan exco hari ini dirombak berikutan serbuan anti-rasuah yang melibatkan anak lelaki seorang exco dan pegawai khasnya.

Datuk Md Jais Sarday dilantik sebagai exco yang bertanggungjawab terhadap jawatankuasa perumahan dan kerajaan tempatan berkuat kuasa 12 Mac, selepas penyandangnya Datuk Abd Latiff Bandi bercuti sementara menunggu siasatan.

“Penyusunan semula itu juga adalah bagi satu tempoh sehingga selesainya segala proses siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kes melibatkan ahli keluarga dan pegawai khas Abd Latif,” kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam satu kenyataan.

Abd Latif akan kembali bertugas apabila siasatan berhubung skandal penukaran status tanah bumiputera di negeri itu kepada bukan bumiputera selesai.

“Md Jais akan mengumumkan beberapa langkah penambahbaikan yang radikal bagi memastikan segala urusan berkaitan portfolio perumahan dan kerajaan tempatan negeri Johor dapat diperbaiki dan dikemaskini serta selari dengan amalan terbaik dalam tadbir urus awam,” katanya.

Menurutnya, Datuk Ayub Rahmat akan mengambil alih jawatankuasa pendidikan dan penerangan daripada Md Jais.

Ini adalah selain jawatankuasa kesihatan dan alam sekitar yang diselianya.

Ismail Mohamed juga akan memegang dua portfolio - pertanian dan industri asas tani serta keusahawanan dan pembangunan koperasi.

Khaled berkata penyusunan semula semua anggota exco telahpun mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Lihat Komen
ADS