Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Persempadanan semula baru SPR dan kerusi terbabit
Diterbitkan:  Mar 9, 2017 9:35 AM
Dikemaskini: 2:03 AM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menerbitkan satu cadangan persempadanan semula yang dikemaskini bagi Semenanjung Malaysia selepas selesai inkuiri tempatan selama empat bulan untuk mendengar bantahan terhadap cadangan awalnya.

Bagaimanapun, cadangan persempadanan semula yang dikemaskini itu tidak termasuk bagi Selangor kerana SPR gagal untuk meneruskan inkuiri tempatan di negeri itu.

Ini adalah selepas kerajaan Selangor berjaya memperoleh perintah penangguhan terhadap inkuiri tempatan SPR di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sementara menunggu pendengaran semakan kehakiman berhubung persempadanan semula itu.

Inkuiri tempatan di seluruh negara - satu keperluan untuk proses persempadanan semula - berlangsung dari 31 Oktober tahun lepas hingga 28 Februari lalu.

Persempadanan semula yang dikemaskini itu menyaksikan beberapa cadangan perubahan nama kawasan pilihan raya ditangguhkan manakala segelintirnya mendapat nama baru.

Hanya dua kawasan Parlimen menyaksikan komposisi kerusi DUN berubah, iaitu Kota Melaka dan Bukit Katil (nama baru: Hang Tuah Jaya).

Pelan awal persempadanan semula telah menukar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas di Kota Melaka dengan DUN Bachang (nama baru: Pengkalan Batu) di Bukit Katil.

Berdasarkan data pilihan raya 2013, cadangan itu, jika tidak, akan menyaksikan jumlah undi pembangkang di kerusi DUN Bukit Katil berkurangan daripada 6,902 kepada 2,529 manakala undinya di kerusi DUN Kota Melaka akan meningkat daripada 19,781 kepada 23,154 undi.

Persempadanan semula yang dikemaskini itu telah menterbalikkan cadangan awal itu.

Bagaimanapun, terdapat perubahan meluas bagi daerah mengundi yang membentuk kerusi DUN di seluruh negara.

Satu contoh ialah kerusi Parlimen Maran, yang mana di bawah pelan awal persempadanan semula, akan mempunyai 69,635 pengundi yang terdiri daripada kerusi DUN Luit (24,162), Kuala Sentul (22,765) dan Chenor (22,708).

Di bawah persempadanan semula yang dikemaskini itu, Maran hanya akan mempunyai 37,924 pengundi yang terdiri daripada Luit (11,109), Kuala Sentul (12,593) dan Chenor (14,222).

Maran mempunyai 38,436 pengundi dalam pilihan raya umum ke-13.

Kedua-dua cadangan persempadanan semula itu adalah berdasarkan kepada daftar pemilih yang sama yang diwartakan pada 13 Mei 2016.

Di bawah adalah ringkasan perubahan yang dibuat dalam cadangan persempadanan semula yang dikemaskini itu, berbanding pelan awal persempadanan semula.

[Baca berita penuh

Lihat Komen
ADS