Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Mahfodz ingatkan Zairil tentang akhirat
Diterbitkan:  Mar 11, 2017 2:25 PM
Dikemaskini: 10:41 AM

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed memulangkan paku buah keras kepada Anggota Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari apabila mengingatkan pemimpin DAP itu bahawa seorang Muslim wajib percaya kepada hari akhirat.

Bekas pensyarah universiti itu juga mengingatkan Zairil, hidup di dunia ini tidak kekal selama-lamanya kerana mempunyai kesinambungan di akhirat.

Justeru Mahfodz menegaskan selain mahu menang pilihan raya, perjuangan PAS ialah untuk memastikan kejayaan itu diredai Allah.

“Ini jelas objektif PAS berdasarkan perkara lima perlembagaan iaitu untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang melaksanakan hukum Islam dalam negara dengan keredaan Allah.

“PAS tidak mahu menang (pilihan raya dengan) cara tipu tetapi menang dengan cara diredai Allah, itu diajar Islam.

"PAS bukan sekadar mahu dapatkan undi daripada orang ramai, tetapi turut mengambil kira akhirat kelak," katanya dilapor Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, Zairil menerusi keyataan medianya secara sinis mempertikaikan kecenderungan PAS untuk bercakap mengenai keredaan Allah berbanding memenangi pilihan raya umum akan datang.

Kata Mahfodz, hakikatnya orang Islam dalam DAP pun mesti faham, iaitu kehidupan seseorang tidak hanya terhad kepada dunia.

Mengulas lanjut, Mahfodz berkata perbezaan antara PAS dan DAP adalah, parti yang diwakili Zairil sanggup menipu ketika berada dalam gabungan pembangkang.

“Dulu, mereka berbaik-baik dengan PAS sehingga membentuk satu pakatan. Tetapi apabila rasa sudah kuat, mereka tolak dasar Islam PAS yang sebelum ini diterima.

"Sebab itu saya tegaskan bahawa PAS tidak akan berbaik semula dengan DAP.

“Jangan persendakan PAS, kami parti Islam sampai ke akhirat. Biarlah orang Islam dalam DAP pun, tetapi kita kena percaya pada Rukun Iman,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Lihat Komen
ADS