Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Tan: Cadangan sempadan baru SPR lebarkan jurang
Diterbitkan:  Mar 11, 2017 9:23 PM
Dikemaskini: 1:27 PM

Persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyaksikan jurang perbezaan antara sesebuah kawasan semakin lebar, kata seorang pimpinan DAP Johor hari ini.

ADUN Mengkibol, Tan Hong Pin, berkata matlamat terpenting sesebuah kawasan pilihan raya melalui persembadanan semula ialah untuk merapatkan jurang perbezaan antara pemilih.

"Ia bukan hanya untuk tujuan memudahkan pentadbiran, tetapi juga untuk mememenuhi syarat keadilan dan kesaksamaan.

"Apa yang berlaku adalah (sebaliknya) songsang. Kerusi DUN yang paling besar dari segi bilangan pemilih pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 adalah 3.9 kali lebih besar daripada kerusi terkecil.

"Persempadanan semula sepatutnya mengurangkan jurang perbezaan tersebut, ke arah konsep satu orang satu undi, satu nilai.

"Sekarang, kerusi yang terbesar menjadi lebih besar, iaitu 4.7 kali lebih besar daripada kerusi terkecil," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tan mengulas pameran kali kedua kajian semula persempadanan pilihan raya seluruh negara (kecuali Selangor) ketika ini.

Menurutnya, SPR perlu memberi penjelasan rasional mereka membuat pameran kali kedua itu secara "tergesa-gesa" dengan mengecualikan Selangor kerana proses siasatan tempatan bagi negeri itu belum selesai.

Beliau juga menegaskan SPR wajib menjelaskan kepada kita adakah perbuatan ini mematuhi perlembagaan atau sebaliknya.

Menurut Tan, pada cadangan persempadanan semula pertama, Pagoh menjadi kawasan parlimen terkecil dengan jumlah pengundi seramai 36,387, manakala Gelang Patah mencatatkan pemilih terbesar dengan 112,081 pengundu.

Bagaimanapun, melalui persempadanan semula yang dikemas ini, katanya, Labis menjadi kawasan parlimen paling kecil dengan 37,358 pengundi manakala pemilih Gelang Patah semakin meningkat menjadi 119,175 orang.

Kata Tan, keadaan sama dilihat pada kawasan DUN di Johor.

Melalui cadangan persempadanan semula pertama, kawasan paling kecil ialah Bukit Kepong dengan 15,759 pengundi manakala Skudai menjadi kerusi paling ramai pemilih dengan 69,132 orang.

Kemudian, katanya, selepas dikemas kini kerusi DUN terkecil ialah Gambir (13,839 pengundi) manakala Skudai berubah menjadi 65,278 pengundi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS