Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah tolak permohonan persempadanan semula Zairil
Diterbitkan:  Mar 13, 2017 1:28 PM
Dikemaskini: 5:33 AM

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menolak permohonan semakan kehakiman oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berhubung persempadanan semula kawasan di parlimennya.

Hakim Mahkamah Tinggi Lim Chun Fong menolak permohonan itu tanpa kos hari ini, berkata semakan kehakiman tidak boleh dimulakan pada masa ini.

Menurutnya, mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan kerana perkara itu masih di peringkat cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan hanya akan diputuskan di Parlimen.

Zairil pada November lalu mendakwa SPR tidak menjalankan kajian persempadanan semula di empat Dewan Undangan negeri (DUN) di Parlimen itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS