Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Ibrahim Ali mohon jadi pencelah dalam saman ke atas Zakir Naik

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memfailkan permohonan untuk menjadi pencelah dalam saman pemula sekumpulan aktivis, yang antara lain memohon mendapatkan perintah penahanan dan pengusiran ke atas pendakwah Dr Zakir Naik.

Ibrahim memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dan menjelaskan kepada pemberita bahawa beliau mempunyai locus standi sebagai presiden sebuah persatuan yang mempunyai hampir 700,000 ahli, yang majoritinya beragama Islam.

“Semua tahu Zakir seorang tokoh pendakwah Islam yang terkemuka, yang diiktiraf antarabangsa

“Dan telah menerima berbagai-bagai anugerah, termasuk Tokoh Maal Hijrah (oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2013) dan daripada Raja Faisal dari Arab Saudi (Hadiah Antarabangsa Raja Faisal Arab Saudi bagi Perkhidmatan kepada Islam),” katanya.

Ibrahim juga berkata bahawa perlembagaan PERKASA menyatakan sebab-sebab penubuhan persatuan itu, antara lain adalah untuk menegakkan Islam sebagai agama persekutuan.

Menurutnya, saman aktivis itu menjejaskan hak dan kepentingan umat Islam untuk mendengar dan mendapatkan ilmu secara langsung melalui ceramah dan khutbah disampaikan oleh Zakir.

Ibrahim, yang hadir ke mahkamah hari ini berkata polemik Dr Zakir berpunca daripada persepsi yang dilakukan oleh pihak tertentu kononnya beliau ( Zakir) menyampaikan ceramah yang boleh memberi rangsangan kepada keganasan.

"Saya rasa amat kesal atas dakwaan yang dilemparkan terhadap Dr Zakir dan tujuan saya hadir ke mahkamah adalah untuk mencari kebenaran. PERKASA mula bertindak apabila Islam diprovokasi oleh pihak lain," katanya.

Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dan 18 yang lain, termasuk ADUN Bingkor Jeffrey Kitingan, peguam lantang Siti Kassim dan Pengarah Center for Policy Initiatives Lim Teck Ghee, memfailkan saman itu awal bulan ini.

Plaintif juga memohon deklarasi bahawa Zakir adalah ancaman kepada keselamatan negara, keharmonian dan perpaduan rakyat.

Kes saman Hindraf itu ditetapkan untuk pengurusan kes, esok.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS