Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
SPRM cekup 10 anggota Imigresen lindungi PATI
Diterbitkan:  Mar 15, 2017 7:33 PM
Dikemaskini: 11:35 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan sepuluh anggota Jabatan Imigresen Sarawak kerana dipercayai menerima rasuah supaya tindakan tidak diambil ke atas warga asing tanpa dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah di negeri itu.

Menurut sumber SPRM, mereka yang ditahan itu terdiri daripada enam wanita dan empat lelaki yang berumur antara 33 dan 53 tahun.

Semua mereka ditahan di lokasi yang berbeza di negeri itu, antara jam 1.30 petang hingga 4.30 petang hari ini.

“Tangkapan ini adalah susulan daripada beberapa operasi yang dilancarkan oleh SPRM dan tangkapan terhadap beberapa pegawai polis, pengusaha-pengusaha syarikat dan warga asing tanpa izin di beberapa lokasi di Sarawak pada bulan lalu.

“Suspek-suspek dipercayai telah menerima wang rasuah antara RM200 hingga RM5,000 bagi melindungi pendatang asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan permit perkerjaan yang sah,” katanya yang tidak mahu namanya didedahkan.

SPRM turut merampas wang tunai RM10,000 daripada seorang suspek berkenaan.

Dato Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan-tangkapan tersebut dan tidak menolak kemungkinan ramai lagi yang akan ditahan berhubung kes tersebut.

Katanya, semua mereka akan dibawa ke mahkamah di Kuching esok, untuk ditahan reman.

Lihat Komen
ADS