Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, menafikan akan terlibat dalam usaha memajukan semula projek Taman Ilmu di Terengganu.

Bercakap kepada media di parlimen hari ini, Idris memberitahu, projek di Besut itu tidak ada kena mengena dengan kementeriannya.

Sebaliknya, kata Idris, ia adalah projek kerajaan negeri.

“Taman Ilmu tak ada kena mengena dengan bajet kementerian (saya). Jadi apa yang (dilaporkan) oleh Malay Mail (semalam) absolutely wrong (salah sama sekali) kerana tak ada kena mengena.

“Menteri besar (Terengganu) akan diserahkan (kepada) kementerian tapi kementerian belum dapat apa-apa formal acceptance (akuan rasmi) daripada kerajaan negeri.

“Jadi kementerian tak boleh campur tangan dalam projek kerajaan negeri dan saya tak berhajat nak campur tangan dalam projek kerajaan negeri,” katanya.

Semalam Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, menggesa Kementerian Pengajian Tinggi tidak meneruskan cadangan untuk memulihkan projek Taman Ilmu yang diilhamkan ketika Idris menjadi menteri besar Terengganu.

Pada 1 Februari lalu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilaporkan berkata, rundingan sedang dijalankan dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi meneruskan projek Taman Ilmu.

Kata Ahmad Razif, projek bernilai RM300 juta yang dimulakan pada 2004 itu dijangka siap Oktober ini.

Pembangunan Taman Ilmu tergendala apabila Datuk Seri Ahmad Said - yang juga seteru Idris dalam Umno - dilantik menjadi menteri besar selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

Untuk rekod, Idris adalah anggota parlimen Besut.

Lihat Komen
ADS