Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib ucap tahniah pada calon SPM yang berjaya

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 yang berjaya mendapat keputusan cemerlang.

Pada masa sama, beliau mengingatkan calon yang berjaya supaya menghargai sumbangan guru dan ibu bapa yang membawa kepada kejayaan dalam peperiksaan itu.

Keputusan peperiksaan SPM 2016 diumumkan hari ini.

"Tahniah kepada semua pelajar #SPM2016 yang telah berjaya, terima kasihlah kepada guru & ibu bapa yang banyak menyumbang kepada kejayaan kita," katanya menerusi laman Twitternya hari ini.

Seramai 8,647 daripada 434,535 atau 2.13 peratus calon SPM 2016 memperoleh semua A (A+, A, A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 9,721 calon pada tahun 2015.

SPM 2016 mencatatkan indeks Gred Purata Nasional (GPN) lebih baik iaitu 5.10 berbanding 5.15 pada tahun 2015. -Bernama

Lihat Komen
ADS