Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Jahat tuduh Malaysia akan bankrap
Diterbitkan:  Mar 17, 2017 11:54 AM
Dikemaskini: 3:57 AM

Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas tuduhan bahawa Malaysia akan bankrap ataupun menjadi sebuah negara gagal.

Perdana menteri berkata tuduhan-tuduhan itu adalah fitnah dan berniat jahat.

“Sekiranya pelabur luar yakin terhadap ekonomi Malaysia, adakah kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai alasan lain untuk menidakkan fakta ini?” katanya.

Mengakui bukan mudah menarik pelabur asing, Najib berkata pelaburan asing pada tahun 2016 meningkat sebanyak 63.4 peratus berbanding tahun 2015.

Menurut data Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Malaysia meraih RM59 bilion melalui pelaburan asing pada tahun lepas berbanding RM36 bilion pada tahun 2015

Ini menjadikan jumlah pelaburan pada tahun lepas sebanyak RM207.9 bilion, kata Najib.
“Peningkatan yang mengagumkan ini menunjukkan keyakinan para pelabur asing terhadap ekonomi Malaysia.

“Malah ia menunjukkan bahawa dasar-dasar kerajaan dalam menentukan hala tuju ekonomi negara berada pada landasan yang betul,” katanya.

Najib berjanji kerajaan akan berusaha agar ekonomi negara terus berkembang dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat jelata.

“Oleh itu, harapan saya pada rakyat Malaysia agar terus yakin terhadap usaha kerajaan kerana keyakinan itu merupakan suntikan semangat untuk kerajaan terus memperteguhkan ekonomi negara,” katanya.

Lihat Komen
ADS