Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kemasukan ustaz semenanjung ke S'wak cuma sementara
Diterbitkan:  Mar 20, 2017 2:38 PM
Dikemaskini: 6:41 AM

Kemasukan guru agama dari semenanjung ke Sarawak hanya untuk tempoh sementara, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurut kementerian, pengambilan untuk guru-guru di seluruh Malaysia itu dibuat susulan kekosongan 401 tempat kerana tidak ramai calon graduan pasaran terbuka di negeri itu.

Ia juga, menurut kementerian lagi, diputuskan hasil persetujuan bersama kementerian dan kerajaan negeri.

“Pengambilan interim ini tidak melibatkan guru-guru mata pelajaran yang lain,” menurut kenyataan itu.

“Pelantikan ini hanya untuk tempoh tertentu sahaja sehingga dapat dipenuhi oleh calon-calon di kalangan anak negeri Sarawak.”

Susulan penjelasan itu, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berharap isu itu tidak dipolitikkan lagi.

“Penjelasan sudah diberi,” tulisnya di Twitter.

Anggota parlimen DAP Bandar Kuching Chong Chieng Jen minggu lepas dilapor menolak kemasukan guru agama “import” yang didakwa “sempit” pemikiran dari semenanjung.

Pengerusi DAP negeri itu juga memberi alasan ia akan mengganggu keharmonian antara kaum di Sarawak, lapor FMT.

Lihat Komen
ADS