Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
14 penguat kuasa kes lindungi premis urut bebas
Diterbitkan:  Mar 20, 2017 7:10 PM
Dikemaskini: 1:50 PM

Empat belas anggota penguat kuasa daripada pelbagai agensi penguatkuasaan yang direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah bagi tujuan melindungi aktiviti premis urut di Selangor, dibebaskan hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dalam satu kenyataan hari ini berkata kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM, selepas reman ke atas mereka tamat hari ini.

Mahkamah Majistret Shah Alam sebelum ini mengeluarkan arahan reman ke atas anggota penguat kuasa yang berumur 26 hingga 53 tahun itu bagi tempoh tujuh hari bermula 14 Mac lepas.

Ia susulan penahanan mereka dalam satu operasi khas oleh SPRM pada 13 Mac lepas di sekitar Kajang, Sungai Buloh dan Kampung Pandan dan Kuala Lumpur.

Mereka yang ditahan merupakan anggota penguat kuasa dari pelbagai agensi antaranya Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Mereka didakwa menyalahgunakan kuasa dengan menerima rasuah bagi melindungi premis yang melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki lesen, menggaji pendatang tanpa izin dan melanggar aspek keselamatan kebakaran.

"Buat masa ini, dua lagi suspek yang terdiri daripada orang awam dan seorang anggota penguat kuasa masih dalam tempoh reman untuk membantu siasatan kes tersebut," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS