Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Ketirisan Felda boleh bina rumah untuk peneroka'
Diterbitkan:  Mar 21, 2017 1:28 PM
Dikemaskini: 5:32 AM

Kerugian yang dialami oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) boleh digunakan untuk membina rumah bagi peneroka generasi kedua, kata ADUN Sikamat, Aminuddin Harun.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim memberitahu Dewan Rakyat Felda mengalami kerugian tidak nyata sebanyak RM1.21 bilion hasil pegangan 33.8 peratus saham dalam Felda Global Ventures Bhd (FGV), tetapi ini direkodkan sebagai pelaburan kerana FGV adalah sebuah syarikat bersekutu.

“Jika tidak kerana ketirisan yang berlaku, mungkin kini rumah Program Perumahan Generasi Kedua Felda (PGKF) dapat dinikmati oleh warga Felda khususnya di Negeri Sembilan ini dan bukan hanya memacak papan tanda apabila menjelang pilihanraya,” katanya.

Beliau berkata atas sebab itu, Pakatan Harapan menawarkan resolusi, termasuk penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi membuat siasatan menyeluruh mengenai kerugian dan penyelewengan berbilion ringgit yang berlaku sepanjang pengurusan Felda.

Menjawab soalan bertulis, Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani), Razali berkata kerugian tidak nyata direkodkan sebagai pelaburan dalam penyata kewangan Felda itu mematuhi piawaian laporan kewangan negara.

Timbalan Menteri berkata Felda menyokong penuh pelan perniagaan FGV untuk menstabilkan harga saham dan aliran tunai syarikat itu.

"Seperti pegangan saham lain yang dimiliki oleh Felda, Felda tiada hak untuk mencampuri urus tadbir syarikat.

"Ini memandangkan syarikat ini merupakan syarikat senaraian awam yang tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS