Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Sejarah buktikan bersendirian tak akan menang besar
Diterbitkan:  Mar 21, 2017 2:49 PM
Dikemaskini: 9:14 AM

PAS hanya boleh menang besar dalam pilihan raya jika bekerjasama dengan parti-parti pembangkang utama atau menjadi anggota sesebuah gabungan, kata Lim Kit Siang.

Veteran DAP itu berkata, rekod menunjukkan, jika PAS memasuki gelanggang secara bersendirian, parti itu hanya boleh menang paling banyak 13 kerusi parlimen.

Sebaliknya, kata Lim, PAS menang paling banyak kerusi parlimen apabila bekerjasama dengan parti-parti lain, termasuk DAP.

“Dalam sejarah pilihan raya Malaysia sejak pilihan raya umum 1959, paling banyak kerusi dimenangi PAS apabila bersendirian ialah 13 kerusi,” katanya dalam kenyataan.

“PAS menang paling banyak kerusi parlimen pada pilihan raya umum 1999, 2008 dan 2013, apabila menjadi sebahagian daripada Barisan Alternatif pada 1999, mengelakkan tiga penjuru dengan DAP dan PKR pada 2008 dan menjadi anggota Pakatan Rakyat pada 2013.”

Menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan pada September tahun depan, Lim berkata rakyat Malaysia kini berpeluang untuk membasmi amalan kleptokrasi.

Bagaimanapun, dakwa Lim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin mempunyai agenda lain.

Boleh hilang Kelantan

Lim mendakwa Hadi hanya mahu memang di lima negeri dan 40 kerusi parlimen untuk membolehkannya menjadi kuasa penentu untuk nasib Pakatan Harapan atau BN.

Bagaimanapun, Lim membangkitkan sama ada kubu kuat PAS sendiri di Kelantan boleh dipertahankan kerana pemimpin popularnya allhyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat sudah lagi tiada.

Lim juga berkata terdapat penganalisis pilihan raya memberitahunya bahawa potensi terbaik dapat dicapai PAS dengan menang 30 kerusi parlimen dan terburuk pula merosot tidak sampai sepuluh undi.

“...yang mana satu pun tidak akan menjadikan memberikan peranan 'penentu' kepada PAS untuk menentukan pihak mana bakal menjadi kerajaan pusat,” katanya.

Lim juga berkata keadaan ini cuma boleh berubah jika Umno bersedia memberikan sejumlah besar kerusi parlimen mereka kepada PAS.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS